Tuan Direktur

Tuan Direktur Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan Iktibarnya lemak lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat

  • Title: Tuan Direktur
  • Author: Hamka
  • ISBN: 9789833707560
  • Page: 428
  • Format: Paperback
  • Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan Iktibarnya lemak lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenTuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan Iktibarnya lemak lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti budakkilang.wordpress 2011

    One thought on “Tuan Direktur”

    1. Takkan ternilai dengan bintang untuk nasihat dan pengajaran oleh HAMKA melalui watak Pak Yasin yang mana begitu terkesan untuk pemilik hati-hati yang masih mahukan jalan yang lurus.Tuan Direktur itu sudah gelap hatinya. Untuk apa kekayaan yang banyak jika tidak mampu bagi ketenangan pada pemiliknya bahkan semakin menjauhkan pemiliknya daripada pencipta-Nya. Sungguhlah malang Si Tuan Direktur. Belum terbuka hatinya untuk menuju jalan yang lurus walau Pak Yasin telah menasihati.******************* [...]

    2. So beautifully written, as expected from Hamka. Reminds you of the happiness that lies within being surrounded with good friends versus happiness being surrounded with wealth and fame.

    3. Tuan Direktur ialah novel pertama daripada Buya HAMKA yang telah saya berjaya mengakhiri pembacaannya. Penulisan Buya HAMKA memang sangat halus dan penuh dengan nasihat yang tulus.Novel ini sangat memberi saya pengajaran akan hakikat kekayaan hidup yang sebenarnya. Nyata, kekayaan sebenar bukanlah kekayaan wang ringgit seperti yang selalu difikirkan oleh orang kebanyakan, tetapi kekayaan budi itulah kekayaan hakiki. Tidak salah untuk kita mencari pekerjaan dan mengejar kekayaan kerana manusia it [...]

    4. Great important messages delivered in a great story. Almost all chapters contains at least a vital message and social critic to the society at that time. And note that the criticisms are still relevant in this day!One of my favourite quote,"Selama ini Fauzi belum mahu beristeri kerana ragu saja fikirannya melihat lagak lagi gadis-gadis didikan sekarang. Menghias mukanya sampai satu dua jam, tetapi memasakkan gulai mereka tak tahu. Menguruskan bajunya, guntingnya, modelnya dan sebagainya mereka t [...]

    5. Bila jumpa karya HAMKA, memang aku akan beli tanpa lihat sinopsis. Dan seperti biasa, karya HAMKA ni sama je semua cara penceritaan.Aku dah baca Tuan Direktor. Best. Mengisahkan mcm mana Tuan Direktor ni diampu dengan pujian. Macam mana gerakan sosial-ekonomi kapitalis dijana. Karyanya tidak berat. Dan tak sampai 100ms pun. Best. Aku fikir, bila aku besar, aku bukan tak nak kaya, tapi aku tak nak kaya yang melampau. Dan perlu ingat, Nabi sendiri pernah berdoa "jauhkanlah diriku daripada kemiskin [...]

    6. HAMKA telah berjaya menjelaskan kepada kita betapa pentingnya kemerdekaan jiwa yang bebas dari tamak dan laba. Kemerdekaan jiwa yang mencetuskan damai dan tenang dalam hidup. Hakikatnya, wang bukan segala-galanya. Setelah kita melihat orang-orang kaya yang terlalu asyik mengejar kekayaan itu terus berlumba dan menikam sesama sendiri, terus pasak dalam diri kita bahawasanya kekayaan budi itulah yang paling utama. Watak Pak Yassin dalam buku ini amat saya kagumi, kerana kejernihan fikiran dan niat [...]

    7. Straightforward story line, uncomplicated plot and no heartbreaking plot twists. HAMKA is a spiritual writer that writes his life principles in the narrative of a story.This story revolves around the life of Jazuli or known as Tuan Direktur, a new businessman in his blooming days, eliminating competition and even peers whom he perceives as a threat to his market domination and need seem that he has had enough of wealth and public recognition.And also around the lives of Pak Yassin and Fauzi who [...]

    8. ".engkau telah terlepas daripada kongkongan perbudakan. Tidak ada suatu kesenangan di dunia ini yang lebih dari pekerjaan yang dikerjakan atas perintah hati sendiri."Tuan Direktur, HAMKA. (ms : 63)----Baru selesai baca buku Tuan Direktur karangan Buya Hamka.Buku ini secara literalnya mengandungi banyak nasihat untuk golongan muda yang baru nak mulakan kehidupan dalam alam kerjaya.Tanpa memperkecilkan golongan yang makan gaji, nasihatnya banyak memfokuskan berkenaan rencam dunia perniagaan. Keran [...]

    9. Tema novel HAMKA ini tentang sifat takbur. Mula-mula, kusangka novel ini tentang pengarah filem. Haha. Rupa-rupanya Tuan Direktur merujuk kepada CEO syarikat dalam novel ini.Bagiku, HAMKA seorang ulama nusantara yang sangat kreatif berdakwah. Misalnya, novel ini. Kita sering saja mendengar kuliah atau ceramah tentang sifat2 mazmumah ini tapi melalui novel ini, penyampaiannya lebih berkesan dan serba sedikit boleh mendidik diri untuk mengelak daripada tipu daya iblis dan nafsu. InsyaAllah.

    10. Membaca Tuan Direktur mengajar kita supaya tidak terlalu mengejar harta; bersederhana dalam kehidupan itu lebih baik. Nasihat-nasihat Hamka melalui watak yang direkanya - Pak Yasin, menginsafkan serta boleh dijadikan pedoman hidup pembaca untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Persoalan harta itu boleh membawa kita ke syurga atau membawa kita ke neraka - pilihan berserta contoh yang tuntas serta bersahaja ada pada watak-watak di dalam novel ini.

    11. "Tidak ada suatu kesenangan di dunia ini yang lebih dari pekerjaan yang dikerjakan atas perintah hati sendiri"

    12. Karya kritik sosial yang baik daripada Hamka. Berbezanya karya ini dengan yang lain kerana temanya; berkisarkan kehidupan seharian seorang direktur (usahawan) zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Di dalam karya ini, Hamka memilih untuk mengkritik karakter tamak haloba seorang direktur yang hanya mengejar kekayaan wang tetapi miskin budi. Ini dibezakan dengan watak Pak Yassin, seorang tua yang tidak mempuyai harta yang banyak melainkan sebidang tanah tempat dia mengajar membaca dan menulis kepa [...]

    13. Berhati-hati memilih teman yang ada disamping engkau. Jadilah dan carilah seorang teman yang memujimu jika engkau berjaya, namun lebih banyak pula memperingati diri engkau ketika sedang berjaya. Kerana ada teman yang mengasihi engkau seperti dia mengasihi dirinya. Dan tidak lupa, ada juga teman yang iri kepada engkau dan tidak mahu engkau lebih daripada dirinya.Tuan Direktur Jazuli yang mempunyai ramai teman-teman baik, akhirnya satu persatu dibuang dari dalam kehidupan kerana takutkan harta dir [...]

    14. “Engkau mengerjakan pekerjaan itu, bukan mengharapkan wang, tetapi kerana engkau sebagai manusia wajib bekerja!”Sebagaimana pemikiran P. Ramlee yang mendahului zamannya, nasihat Hamka terus relevant dipakai hingga hari ini. Meski terbitan pertamanya adalah pada tahun 1939, bahasanya ringan dan senang difahami. Apabila membaca karya Hamka, saya sering tidak memfokus kepada jalan cerita. Bagi saya, nasihat yang dari perenggan ke perenggan itulah yang mahal, diperasakan pula dengan kecantikan s [...]

    15. saya kira mesej Tuan Direktur sedikit berbeza dengan karya-karya HAMKA yang saya baca sebelum ini yang mana lebih banyak mengkritik adat rencam dalam masyarakat Indonesia. Kali ini temanya lebih kepada nilai harta di sisi manusia sebagai manusia dan hamba. kisahnya ringkas, namun nasihat-nasihat Pak Yasin seharusnya tidak dipandang enteng.Terima kasih Pak Yasin, akan sentiasa kuingat semua nasihatmu. dengan izin Allah.

    16. " Selagi wang itu masih tetap bulat dan boleh digulung kesana kemari, kesetiaan wang itu tak dapat dipercaya , bukan?"Tapikalau disusun elok, bukan kah ia boleh duduk tetap tidak bergerak?"Itu benar juga. Tapi kalau susunannya keliwat tinggi, ia pon kembali berdoro jatuh berselerak, itu jangan engkau lupakan!"*perbualan antara Hj Nawawi dan Jazuli.

    17. Sebuah buku mengenai nasihat kepada masyarakat. Terang, tulus dan jelas. Fokusnya hanya mahu dakwah. Plotnya mudah dan tidak berat membuatkan kita fokus untuk muhasabah diri. Sangat terkesan. Harus dibaca bagi daie-novelis yang ingin mengubah masyarakat.

    18. This book is seriously recommended to all peopleI learnt a lot, it's soo inspiring and refreshing !Hats off to Pak Yasin for all the advice, even the reader get his messages

    19. Menarik. Ingat, jangan sombong dan takbur apabila mendapat kekayaan dunia. Semuanya adalah dugaan dan pinjaman daripada Allah swt semata-mata. Ianya tidak kekal.

    20. Kerana setiap helai ada sahaja kata nasihat tertulis , ia layak untuk 5 bintang . Tuan direktur ialah Jazuli seorang ahli perniagaan kaya dan ternama . Satu patah dari ucapan beliau ketika pertemuan sebuah kelab usahawan "bahawa kejayaan beliau adalah hasil titik peluh beliau sendiri " , beliau lupa asbab kekayaan beliau kerana usaha dan kerah tenaga dari orang lain juga , lebih-lebih lagi kerana Tuhan izinkan . Kekayaan beliau makin lama menjadikan beliau tamak , lupa diri dan hilang bertimbang [...]

    21. Saya kira cerita ini berkaitan seorang direktor filem bila melihat pada tajuk. Namun anggapan saya silap. Cerita ini berkaitan watak seorang hartawan yang mana harta telah mengaburi hidupnya. Wang menjadi matlamat utama sehingga dia mengabaikan aspek kemanusiaan dan tali perhubungan sesama manusia. Banyak pesan dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini berkaitan kehidupan terutama bab mengumpul harta. Ibarat mendapat nasihat dari seorang tua.

    22. Kekayaan jiwa mengatasi kekayaan harta. Tuan direktur Jazuli kelabu mata mengejar kekayaan sehingga miskin jiwa. Dikelilingi pengampu dan adpis yang lebih membawa mudarat daripada kebaikan. Sangkanya Pak Yassin itu manusia bodoh rupanya dia yang salah menilai. Dikelilingi kawan-kawan yang ikhlas lebih baik daripada pengampu.

    23. Banyak nasihat diberikan Pak Yasin untuk orang yang bekerja khususnya yang menjalankan perniagaan. Tertarik dengan personaliti Pak Yasin yang rendah diri dan tenang. Novel yang agak berat tapi sangat bermanfaat.

    24. Duit memang segala-galanya, namun tidak semua perkara mampu dibeli dengan duit. Ketenangan, kebahagiaan, ketinggian budi pekerti lahirnya daripada seorang manusia yang tahu hakikat hidup ini. Pak Yasin yang dianggap orang kecil telah memberi impak yang berkesan kepada masyarakat sekeliling. Jazuli, Tuan Direktur diberi gelaran orang yang besar hanya mampu menjulang nama di atas pujian kawan-kawan disekelilingnya. Sebuah buku yang mempunyai nila-nilai hidup yang hebat dalam kalangan pemimpin.

    25. Buku yang sarat dengan falsafah hidup dan pengajaran; antaranya:Apabila kita mencari orang yang sentiasa memuji dan menyanjung kita, kita akan terlepas pandang pada orang yang mengkritik bagi tujuan membetulkan kita.Apabila kita mencari orang yang berharta sebagai teman kita, kita akan terlepas pandang pada orang miskin yang dapat menyedarkan kita untuk bersyukur dengan apa yang ada.Binalah cita-cita yang jelas. Cita-cita mestilah untuk mencari ilmu dan menyumbang kepada masyarakat, bukan demi m [...]

    26. aku suka akan peringatan HAMKA:'Sebelum engkau membuka satu macam perusahaan, walau apapun namanya, hendaklah engkau tanamkan lebih dahulu kekayaan dalam hatimu, iaitu merasa SYUKUR atas nikmat ALLAH apa yang ada.Dan engkau mengerjakan pekerjaan itu bukan kerana mengharapkan wang, tetapi kerana engkau sebagai manusia wajib bekerja!.Sambung Pak Yasin lagi:'Wang itu adalah barangan singgah, entah dahulu dia pergi dari kita, kita ditinggalkannya dengan tak berwang sebagai orang miskin. Atau kita da [...]

    27. Tuan Direktur, aku merasakan Hamka tidak meletakkan kritik pada adat resam, budaya, keturunan, sebagai kritikan utama sepertimana karya TGKVDW, DBLK dsb. Untuk karya ini, kritikan lebih umum iaitu kritikan terhadap golongan bangsawan yang menindas orang bawahan. Ada dua kategori bangsawan di dalam karya ini, iaitu Tuan Direktur sendiri yang tidak pernah puas dengan kekayaan harta sehinggakan sanggup mempercayai karut marut, syaitan dsb. Satu lagi kategori bangsawan iaitu Pak Yassin, yang punyai [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *